BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Saturday, August 27, 2011

:: salam lebaran ::

ringkas coretan d pagi ini...
esok insyaALLAH bakal bergerak ke pahang raya d sana...
salam lebaran buat semua..
ahli keluarga,, sanak saudara,, 
sahabat handai,,
rakan taulan,,
jiran tetangga,,
dan semua yang mengenali...

tiada apa yg dpt dpersembahkan pd umum,,
tade duit nk bg,,
tade kueh nk hulur..
*sbb x ckup...
hahahaha...

tahun nie raye sekadar besederhana sahaja,..
tiada baju melayu baru utk tatapan...
bukan menunjuk kesederhanaan..
tetapi berfikir pjg,,
muazzam tidak dtg dr golongn senang..
beban ayah suda cukup utk d tanggung oleh nya..

sem baru hampir bermula,,
terdapat beberapa kelengkapan yg harus aku beli..
duet yang nyah bagi
atas dasar mungkin upah ku menolong nye 
berpindah rumah baru2 ni maseh ku simpan..
niat ku utk memudah kan perbelanjaan..
takpe lah,,
baju tade taon nih,,
ade mnde laen yg dtg insyaAllah,,
sederhana dahulu x mngape..
sudah senang nnt,, haa.. boleh lah..

apa yg pasti,,
raye kali nie,, xsmpat nk jengah
rumah kekal ibunda ku..
"muaz x sempat mak,, insyaAllah dlm bulan sept nie,, 
klo ade peluang,, muaz balik sndri ziarah mak mcm slalu..
yang ngn uda da jnguk mak,, muaz ta smpat ikut..
sbb tlg nyah d klntan...xpe,, ape yg pasti,,
ank2 mak x pnh lupe jasa seorang ibu terhebat..."

SELAMAT HARI RAYA MAK
...moga kau maseh terus berada d bwh naungan-Nya...






Friday, August 12, 2011

: mandi lepas waktu asar d bulan ramadhan :

ada seorang kawan aku ni suka mandi selepas asar di bulan Ramadhan..Katanya nak segarkan badan..

maka dengan yakin sowng hambe Allah nie cakap..

"makruh lah mandi lepas asar"
jawab kawan aku..

"xde dalil pun pasal tu"


 
gambar hiasan,,nk letak gambar org krg,,aurat pule,, hehehe
 p/s: jgn letak mulut direct kepala paip oke sewaktu mndi,, takot kne libas ngn sesape gune getah paip..bhahahaha

 
betol jugak cakap kawan aku..apa dalil nyer mandi lepas asar tu makruh..Selama ini aku tahu pun sebab ajaran2 orang terdahulu.. so,, dgn kehebatan laptop tosheebah,, line tenet streamyx,, ini yang aku dapat:

Tidak benar kenyataan yang mengatakan makruh hukumnya mandi selepas waktu Asar semasa menjalani ibadat puasa. Malah membasahkan kepala dan berkumur-kumur pernah dilakukan oleh Nabi saw dan para sahabat untuk meredakan rasa hawa kepanasan (menyejukkan)

 
Diriwayatkan dari salah seorang sahabat ra :-

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ الْمَاءَ وَهُوَ صَائِمٌ مِنْ الْعَطَشِ أَوْ مِنْ الْحَرِّ
"Aku melihat Rasulullah saw menuangkan air diatas kepalanya semasa beliau sedang berpuasa kerana kehausan atau kepanasan" -[Hadith riwayat Abu Daud #2365, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Sahih Abi Daud]
Didalam 'Awn al-Ma'bud menyatakan bahawa ini bermakna dibenarkan oleh syara' bagi seseorang yang sedang berpuasa melegakan dirinya dengan cara menuangkan air dikepala atau dikeseluruhan badannya. Tegasnya :

وَقَدْ ذَهَبَ إِلَى ذَلِكَ الْجُمْهُور وَلَمْ يُفَرِّقُوا بَيْن الاغْتِسَال الْوَاجِبَة وَالْمَسْنُونَة وَالْمُبَاحَة

"Ini adalah pandangan jumhur, dan mereka tidak membezakan diantara mandi yang wajib atau yang digalakkan atau dibenarkan"

Syeikh al-Qaradhawi didalam Fiqh Shiyaam memetik beberapa catatan Imam al-Bukhari didalam kitab sahihnya (Bab Mandinya orang berpuasa) dan salah satu catitan tersebut menceritakan bahawa:-

ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ثَوْبًا فَأَلْقَاهُ عَلَيْهِ وَهُوَ صَائِمٌ
"Ibn Umar pernah membasahkan pakaian dan melekapkan/menampal pada dirinya semasa dia sedang berpuasa."
 
Dari hadith dan amalan para sahabat jelas menunjukkan Islam membenarkan umatnya melegakan diri dengan membasahkan kepala atau mandi bagi tujuan menyejukkan badan dan mengurangkan kehausan. Malah jika dikaji dengan teliti, banyak lagi kemudahan yang Islam berikan kepada umatnya bagi membantu mereka melakukan ibadat berpuasa dengan sebaik mungkin.

Maka terang lagi nyata hukum mandi lepas asar tu bukan makruh..Jadi boleh lah korang nak mandi untuk segarkan badan...
*tapi jangan lah over2 sangat sampai korang mandi berjam2 dalam bilik air nak tunggu buke pose.. 

Sesungguhnya Allah sahaja yang tahu kebenaran tentang soal ini..

 salam ramadhan wt sume..
"walo pon saiz perut tidak berubah,, 
tu petande tuhan soh kite kuat ibadah"
hahaha.. klo da krus,, so,, kuat kn lagi..
klo mkin gemok,, pon kuat kn jela,,jgn bnyk cite..


sumber: sahabat islam sejagat~

Saturday, August 6, 2011

:: selamat hari lahir ibu di sana ::

surat untuk ibu sempena hari kelahiranmu kedunia
dr anakandamu,, 
muhammad muazzam jamaluddin
 
bergenang air mata aku pagi nie,,
kerana kau IBU..
kadangkala mata aku x mampu,,
utk menampung takungan air mata ini,,
kerana kau IBU..
sedikit sebanyak,,
rebah juga ia ke tanah..
sayu,, pilu,, dan rindu ku membuak-buak,,
tika terpandang kn bingkisan potret mu IBU..

xdapat muaz nafikan,,
hari-hari indah bersama mu ibu,,
berakhir di tanah kenangan,,
hanya rindu dan doa buatmu insan bernama ibu,,
semoga tenang dan bahagia..
ku harap,, agar syurga menjadi milikmu,,
bukan sekadar hanya d telapak kaki mu ibu..
syukur ku panjatkan,,
kerana ku di beri kesempatan,
menumpang di segenap ruang,,
yang ada di lubuk perkasihan,,
ibu,, begitu indah setiap detik,,
di dalam rahimmu..


sehingga teramat asyik,,
setiap saat di pangkuanmu,,
muaz tahu dirimu penat,,
akan tetapi,,
keperitanmu kau rasa indah,,
demi aku,,anak mu..


aku pohon kemaafan darimu,,
ku tahu,,
setitis air mata ibu,,
yg gugur kerana kesedihan..
segaris luka di hatimu,,
kerana kederhakaan ku ibu,, 


 tertutup pintu syurga,,jika aku tidak mndapat keampunanmu,,
maafkan ku,,
halal kn segala apa yg pernah muaz ambil,,

redha kan lah akan diriku,
agar aku berjaya menapak ke hadapan,,

dalam hidup yg hanya sementara..



xlarat anakmu nk menanggung rindu terhadapmu..
jujur ku katakan..
jika ikutkan hati,,
mahu ku luahkan pada Dia,,
yg ku masih tidak bersedia
untuk kau pergi pada hari itu..
akan tetapi,,
alhamdulillah,,
ajaran yg anak mu ini terima,,
membuatkan aku faham serta redha 
dengan aturan Dia yg Agung..

abang2ku,, izinkan muaz singkap kn kembali
memori ini bersama,,
cukup lah jika ianya mampu membuat kan
kita adik-beradik sedar dan ingat,,
apa perjuangan ibu kita satu ketika dulu
utk teruskan hari2 dgn membuat kn
abah,,yop,,nyah,,yang,uda,, dan muaz snyum
walaupon berduka...

bismillah..Ya Allah,, 
inilah coretan hatiku yg jauh menunduk,,
********************************


si dia..
terlantar di ats katil...
di hosp ipoh..
tiada siapa menjangkakn..
bgaimana perjalanannya dlm berjuang dgn dirinya...


abah..
seorang yg panas baran..
akan ttp...
lemah dgn `si dia`...
abah snggup b`korban...
memandu m`bawanya...
ke hulu ke hilir...


jika di singkap dahulu....


4-5 tahun dlu..
abah melayan `si dia`..
lebih dr segala-galanya....
rumah kami di lumut...
abah ingin sekali menggembirakan
`si dia...`
abah teringin sekali ingin melihat...
`si dia` mkn dengan selera...
abah membawa `si dia`...
ke teluk intan..
kuala kangsar..
taiping..
pulau pinang...
cameron highlands...
bahkan ke johor...
berdua...


semata-mata mahu
`si dia` makan...
abah tidak menginap...
bahkan balik hari...


bg abah...
tiada apa yg dpt menggembirakan nya..
selain dr melihat `si dia` mmpu tersenyum...


~~~~~~~~~~


4 bulan...
abah ulang-alik...
lumut-ipoh..
setiap petang....
abah prnh menangis
kpd muaz...
sewaktu d`dlm kereta...


ianya kerana abah ingin berhenti kerja,
dan menjaga mak,,
akan tetapi tidak diluluskan oleh syarikat..

u`re da most greatest dad that
we ever had...
mom must b happy 2 have you
as her partner in her life...


kami adk brdk tau..
itulah tnggungjwb abh...
sbb abah r..
kami 6 berank dpt idop selesa...


masih lg ku ingt..
lebam2 tgn `si dia`
di cucuk jarum setiap hari...
b`botol2 air dan ubat...
hinggakan..
pada satu malam...
`si dia` secara tiba-tiba
diserang strok...


`doc menemui pendarahan
di bhg hadapan kepala `si dia`..
iaitu d dahi..`


itulah sbb nye..
`si dia` x mampu bercakap...


pada keesokan harinya...
lebih dr 300 ong
melawat `si dia`...
di wad 8 (kelas satu)
bilik 7 (anggerik)
semua yg hadir...
x mmpu mnahan air mata...


manakan tidak...
`si dia` yg sblm nie
d`knali sbg seorang yg
ceria...
aktif..
semangt tggi..

kini...
lemah..
tidak b`daya..
terkulai layu..
terlantar...
kurus sgt2...
keadaan yg mmg mnyayat hati...


alhmdulillah...aku adk brdk..
semua prnh menjaga nya..
kami setiap hari mengalir air mata...


aku ingt lg......


~~~~~~~~~~


die prnh b`kata..
kpd ibu saudaraku..
mkyong...


`yong..cmne klo ab xley jln..
satu ari nnt....`


mkyong menjwb dgn
mta yg berlinangan...


`ab jgn ckp cmtue....
cnie kite ade physio...
ipoh general hosp...
has da best physio in m`sia ab...`


sejurus kemudian..
mkyong masuk ke tndas
dan menangis...
aku turut terpalit....


~~~~~~~~~


semua adik beradik ku balik sesegera mungkin..
dan terakhir sekali
adalah nyah...
die harus selesaikan tugasnya d HKB
bersama kak ijah..
mereka berdua sering kali
on-call...
akn ttp...
nyah tidak pernah abaikn
`si dia`...

krn kami adik brdk...
`si dia` telah ajr...


"ank lelaki...
xkn habis tnggungjwb nya..
pd kedua org tuanya..
walopon sudah kawen...
kecuali si isteri yg hanye...
suami dan ank2 tnggungjwbnye..
si isteri sudah lepas tnggungjwbnye
t`hdp kedua org tuanya......"


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


`si dia` semakin hari...
semakin tidak menunjukkan...
sebarang peningkatan....


selalunya....
`si dia` akn merasa sedikit sakit...
sewaktu doktor mencucuk jarum..


akn tetapi...


`si dia` seolah-olah..
tiada deria lg...
senyap...
diam membisu...
aku agak..
mungkin dia tiada lagi kudrat...
untuk menunjukkan reaksi...
 ***********************
kemudian..
t`tutuplah mata nya
buat selamanya...

maka..pergilah `si dia`....
ibuku Abriah bt Hashim

satu-satunya bunga
dlm kuarge kami....


tepat jam 11.55 mlm..
tnggal 15 Apr 2009....
``ustazah Abriah bt Hashim...
telah pun kembali ke rahmatullah....
dengan selamat dan tenang...``


semua ahli keluargaku telah dihubungi..
minta balik ke rumah mkyong..
~~~~~~~~~~
selesai semua...
kami masih tidak bergerak ke kubur..
menunggu ketibaan
nyah,kak ijah
dan cucu pertama `si dia`..
`farhanah mardhiah...`
yg pulang dr kota bharu...

kemudian bru `si dia`
di bawa ke tanah perkuburan islam
jalan bendahara, ipoh..
yop yg masih tidak larat..

mungkin kerana lemah semangt..
menggagahkan diri..
berkerusi roda...
hadir ke tanah p`kuburan..
aku membantu yop..
m`bawanya melihat
wajah `si dia` yg telah dibaringkan
di liang lahad..
hampir rebah yop ke bumi...
ketika mmelihat `si dia`...
aku memerah keringat memaut bdn nya...

* * * * * * * * * * * * * * * *

Allahu rabbi,, ku bersyukur ya Allah,,
krn masih mampu ingat tentang sejarah ini..
moga ini menjadi pemangkin ku,,
menjadi azimat,,
untuk menjadi seorang anak yg soleh..

muaz percaya,, jika mak masih ada..
dia mesti seronok dan berbangga ngan kita semua,,
alhmdulillah,, ramai da bkerja,,
da bkeluarga,,
da berjaya utk berdiri dgn kaki sendiri..

itu pun jika kita betol2 mmbanggakan mak,,

jika kelakuan kita kini melukai hati mak,,
bayangkan lah,, mcm mana perasaan mak..
dia dah tinggalkan kn kita ngn asas yg ckup,,
tp kita tidak hidup bersama asas2 tu..



akhir kata,,
"mak,, SELAMAT HARI LAHIR.."
walaupun mak tiada di alam dunia,,
muaz percaya,, kami adik beradik serta abah,,
dapat rasa akan kehadiran mak walaupon hanya dari jaoh..
moga Allah tmptkn mak bsame golongn 
yg terulung d dlm sana...
kami anak2 akn cuba menerangkan pusara mak 
5x setiap hari .."











 06hb OGOS 1958 - 15hb APRIL 2009

pergilah seorang hamba Allah
yg pernah melahirkan

::peg imigresyen::
::doktor::
::jurutera::
::pen peg belia&sukan::
::jururawat (insyaAllah)::



ya ALLAH...
kuatkn diri kami sekeluarga...
dlm menempuhi dugaan
yg Kau berikan....
~~amin~~