BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Friday, August 12, 2011

: mandi lepas waktu asar d bulan ramadhan :

ada seorang kawan aku ni suka mandi selepas asar di bulan Ramadhan..Katanya nak segarkan badan..

maka dengan yakin sowng hambe Allah nie cakap..

"makruh lah mandi lepas asar"
jawab kawan aku..

"xde dalil pun pasal tu"


 
gambar hiasan,,nk letak gambar org krg,,aurat pule,, hehehe
 p/s: jgn letak mulut direct kepala paip oke sewaktu mndi,, takot kne libas ngn sesape gune getah paip..bhahahaha

 
betol jugak cakap kawan aku..apa dalil nyer mandi lepas asar tu makruh..Selama ini aku tahu pun sebab ajaran2 orang terdahulu.. so,, dgn kehebatan laptop tosheebah,, line tenet streamyx,, ini yang aku dapat:

Tidak benar kenyataan yang mengatakan makruh hukumnya mandi selepas waktu Asar semasa menjalani ibadat puasa. Malah membasahkan kepala dan berkumur-kumur pernah dilakukan oleh Nabi saw dan para sahabat untuk meredakan rasa hawa kepanasan (menyejukkan)

 
Diriwayatkan dari salah seorang sahabat ra :-

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ الْمَاءَ وَهُوَ صَائِمٌ مِنْ الْعَطَشِ أَوْ مِنْ الْحَرِّ
"Aku melihat Rasulullah saw menuangkan air diatas kepalanya semasa beliau sedang berpuasa kerana kehausan atau kepanasan" -[Hadith riwayat Abu Daud #2365, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Sahih Abi Daud]
Didalam 'Awn al-Ma'bud menyatakan bahawa ini bermakna dibenarkan oleh syara' bagi seseorang yang sedang berpuasa melegakan dirinya dengan cara menuangkan air dikepala atau dikeseluruhan badannya. Tegasnya :

وَقَدْ ذَهَبَ إِلَى ذَلِكَ الْجُمْهُور وَلَمْ يُفَرِّقُوا بَيْن الاغْتِسَال الْوَاجِبَة وَالْمَسْنُونَة وَالْمُبَاحَة

"Ini adalah pandangan jumhur, dan mereka tidak membezakan diantara mandi yang wajib atau yang digalakkan atau dibenarkan"

Syeikh al-Qaradhawi didalam Fiqh Shiyaam memetik beberapa catatan Imam al-Bukhari didalam kitab sahihnya (Bab Mandinya orang berpuasa) dan salah satu catitan tersebut menceritakan bahawa:-

ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ثَوْبًا فَأَلْقَاهُ عَلَيْهِ وَهُوَ صَائِمٌ
"Ibn Umar pernah membasahkan pakaian dan melekapkan/menampal pada dirinya semasa dia sedang berpuasa."
 
Dari hadith dan amalan para sahabat jelas menunjukkan Islam membenarkan umatnya melegakan diri dengan membasahkan kepala atau mandi bagi tujuan menyejukkan badan dan mengurangkan kehausan. Malah jika dikaji dengan teliti, banyak lagi kemudahan yang Islam berikan kepada umatnya bagi membantu mereka melakukan ibadat berpuasa dengan sebaik mungkin.

Maka terang lagi nyata hukum mandi lepas asar tu bukan makruh..Jadi boleh lah korang nak mandi untuk segarkan badan...
*tapi jangan lah over2 sangat sampai korang mandi berjam2 dalam bilik air nak tunggu buke pose.. 

Sesungguhnya Allah sahaja yang tahu kebenaran tentang soal ini..

 salam ramadhan wt sume..
"walo pon saiz perut tidak berubah,, 
tu petande tuhan soh kite kuat ibadah"
hahaha.. klo da krus,, so,, kuat kn lagi..
klo mkin gemok,, pon kuat kn jela,,jgn bnyk cite..


sumber: sahabat islam sejagat~

4 ekor kucen komen:

Anonymous said...

owh..baru tau..hadis2 tu sah ke? sebab kebelakangan ni banyak pulak hadis2 palsu yang tersebar..hoho..kalau awk rajin, ce cari kenapa berita kononnya mandi lepas asar tu makruh bleh wujud..hihi..anyway,sonok ah baca sini :)

Hanaluffy_dari Tinta Pemuja Ilahi said...

akak mndi stgh jam b4 brbuka smlam..hahaha..

kucen2020 @ azam j said...

wahai anonymous> bulan pose,,mandi lelame makruh,, knape asar,,x zohor,, sbb slalu manusia lapang d waktu asar,,segelintir shj lapang d lps zohor,, *cmmne sy ley ckp cmtue,, hadis nabi pon ade ckp,, waktu asar adalah waktu yg jarang d beri perhatian oleh manusia,,(lalai dgn asar kerana kelapangan).. klo ade info laen,,share ah kt sy,, add fesbuk,,cewah...

lagi satu,, letak la name awk xpe,, klo awak popuan skali pon,,insyaAllah sy x gatal sampai nk ngorat awk.. klo laki,, ahah! lagi besh,, mcm2 ley sembg.. ade style..(^.^)v

kucen2020 @ azam j said...

kak,, haha,,stgh jam..?? hamboi3..~ bancuh air ke hape lelame...?? hahaha