BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Wednesday, April 29, 2009

ending : kite merancang...Allah tentukan segala-galanya...

setelah di bawa pulang ke rumah mkyong...
maka
berlansunglah...
mjlis bacaan yasin dan tahlil...
3 mlm berturut-turut...
sayup2 kumandang
alunan yasin dan tahlil..
yg memenuhi setiap ruang...

siapa yg sangka..
habis shj yasin ke3...
mlm itupun...
`si dia` pergi dgn amat tenang sekali..


jelas kelihatan senyuman kesenangan...
terukir d wajahnya...
pada asalnya...
`si dia` tidak mmpu m`buka mata...
akan ttp...
selesai shj m`bersihkan diri `si dia`...

tiba2..
abg ku perasan..
`eh..!!!
*** bukak mata...!!!
alhmdulillah..
*** makin sihat..!!!`



terukir kegembiraan di segenap ruang hati kami...
akn ttp..
tidak kekal lama...
setelah `si dia m`buka mata...

dia melihat sekeliling...

melihat wajah2 org d`smpingnya

`mkyong...`

`yang...`
`uda...`
`aku...`
dan `kak milah...`



kemudian..
t`tutuplah mata nya
buat selamanya...

maka..pergilah `si dia`....
ibuku Abriah bt Hashim
satu-satunya bunga
dlm kuarge kami....


tepat jam 11.55 mlm..
tnggal 15 Apr 2009....
``ustazah Abriah bt Hashim...
telah pun kembali ke rahmatullah....
dengan selamat dan tenang...``


semua ahli keluargaku telah dihubungi..
minta balik ke rumah mkyong..
~~~~~~~~~~
selesai semua...
kami masih tidak bergerak ke kubur..
menunggu ketibaan
nyah,kak ijah
dan cucu pertama `si dia`..
`farhanah mardhiah...`
yg pulang dr kota bharu...

kemudian bru `si dia`
di bawa ke tanah perkuburan islam
jalan bendahara, ipoh..
yop yg masih tidak larat..
menggagahkan diri..
berkerusi roda...
hadir ke tanah p`kuburan..
aku memangku yop..
m`bawanya melihat
wajah `si dia` yg telah dibaringkan
di liang lahad..
hampir rebah yop ke bumi...
ketika mmelihat `si dia`...
aku memerah keringat memaut bdn nya...



suasana kubur sepi sayu..
cuaca umpama menterjemahkan..
perasaan kami semua..
mendung..
beserta hujan rintik2 halus...

kesemua adik beradik ku
mengambus tanah di pusara `si dia`...
tidak termasuk yop..
yg lemah melihat nya...
~~~~~~~~~~~~~
seketika kemudian..
berkumandanglah....

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup
untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup


Ingatlah!
Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala,
Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembalai menghadap hadrat Allah Taala



Wahai `Abriah` binti `Rohanah`,
wahai `Abriah` binti `Rohanah`,
wahai `Abriah binti `Rohanah`......
Hendaklah kamu ingat akan
janji-janji AllahYang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah


Ingatlah wahai `Abriah` binti `Rohanah`.....
Apabila datang kepada kamu dua malaikat
yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nakir,
maka janganlah berasa gentar dan takut...
Janganlah kamu berduka cita dan risau...
Serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut....

Ketahuilah wahai `Abriah binti `Rohanah`...
Bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu


Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?



Di masa itu
hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul...
Janganlah berasa gementar, janganlah gusar.....
Dan janganlah bergopoh-gapah....
Biarlah tenang dan berhati-hati,

hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad Nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat
dan mengerjakan haji
diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.



Wahai `Abriah bt `Rohanah`...
tetapkanlah hatimu....
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar.....
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh....
Sehingga sampai satu masa kelak.....
kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.......

Insaflah wahai `Abriah bt `Rohanah`........
Bahawasanya mati ini adalah benar.!!!
Soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar.!!!
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar.!!!
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar.!!!
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar.!!!
Minum di kolam air Nabi adalah benar.!!!
Ada syurga dan neraka adalah benar.!!!
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya.!!!
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur...



Di akhirnya
kami ucapkan selamat berpisah...
Dan selamat tinggal kamu di sisi Allah Taala....
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu...
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu....


Kami sekalian berdoa
mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar....
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu...
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini....
Mudah-mudahan Tuhan akan member keampunan...
Dan memaafkan kesalahan kamu
serta menerima segala amal kebajikan kamu...



Ya Allah Ya Tuhan....
kami merayu dan bermohon kepada Mu....
supaya tidak diseksa mayat ini
dengan kemegahan penghulu kami
Muhammad SAW.......



Subhana rabbika rabbil izzati
amma ya sifun...
wassalum alalmursalin...
walhamdulillahi rabbil alamin....



Setiap yang bernafas, pasti akan mati –
“ Kullu nafsin za iqatul maut”.



Firman Allah SWT,
“ Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran,
dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.”
Surah Al-A’sr....



Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasullullah SAW bersabda:
“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..”Wallahu'alam..






~moga Allah mencucuri rahmat..
ke atas roh..
Allahyarhamah Abriah bt Hashim....

0 ekor kucen komen: